Parlimen Silam Pusat Akuakultur Negara

 

picture-182

Benarlah kata pepatah orang Tua-Tua, “Jika mahu mencari tempat mandi, carila dua tempat, iaitu sumur dan pantai, dan jika ingin memilih seorang pemimpin, carilah yang elok dan pandai”. Sebenarnya masyarakat dan rakyat Bumi Parlimen Silam tidak salah jika saya mengatakan bahawa kita tidak salah memilih seoarang pemimpin bagi mewakili kita di pentas negara, kita amat bertuah kerana pemimpin yang mewakili kita adalah pemimpin yang mempunyai karisma, tanggungjawab dan keikhlasan yang tinggi dalam membawa halatuju Kawasan Parlimen Silam ini di persada negara. Kata-kata ini bukan berniat semata-mata mahu menaikkan nama Pemimpin Parlimen Silam kita ataupun saja-saja “membodek”, tetapi kata-kata ini tertulis di ruangan skrin maya ini berdasarkan kepada penganalisisan dan pemerhatian akan keterlibatan Pemimpin Parlimen Silam kita YB. Haji Salleh Bin Haji Kalbi di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia.

Sekali lagi YB Haji Salleh Bin Haji Kalbi telah membuka tirai bicara dan membuka minda Ahli-Ahli Yang Berhormat mengajak berfikir akan cadangan beliau menjadikan kawasan Parlimen 188.Silam di jadikan Pusat Akuakultur Negara. Alhamdulillah berkat keikhlasan yang tersemat dalam lubuk hati beliau memikirkan akan tanggungjawab terhadap rakyat jelata kawasan Parlimen Silam yang pada akhirnya Dewan Rakyat telah menerima pakai cadangan YB Haji Salleh Bin Haji Kalbi seterusnya diluluskan dan diwartakan.

Dengan pengisytiharan Kawasan Perairan laut Silam di jadikan Pusat Akuakultur Negara, masyarakat kawasan ini sememangnya boleh menarik nafas lega. Di sinilah bermulanya titik noktah penjanaan ekonomi penduduk kampung dan masyarakat…Dengan dana yang di salurkan oleh kerajaan lebih kurang RM 342 juta maka penduduk kampung dan penduduk yang kurang berpendapatan dapat meningkatkan ekonomi mereka. Ramai di kalangan para nelayan mempunyai kemahiran dalam perusahaan akuakultur contohnya penternakan udang, penternakan ikan, penternakan ketam dan penanaman agar-agar, namun masalah utama yang mendatang adalah dana dan kewagan bagi melaksanakan perusahaan seperti ini. Inilah peri pentingnya apakah rahsia pengisytiharan pusat akuakultur negara. Dengan dana yang ada masyarakat kampung mahupun kalangan nelayan bolehlah mengajukan ataupun memohon bantuan daripada jabatan-jabatan berkaitan, seperti Jabatan Perikan Sabah, Jabatan Perikanan peringkat daerah, Persatuan Nelayan (PNK) mahupun Persatuan Ko-Nelayan dan jabatan-jabatan yang berkaitan. Pihak Jabatan Perikanan dan Persatuan-persatuan nelayan sememangnya bersedia membantu penyaluran dana yang di amanahkan oleh kerajaan pada bila-bila masa di perlukan

p3071517

ikan kerapuh hasil daripada penternakan akuakultur

p3071434 Hasil Penanaman Agar-Agar /Rumpai Laut

Pengisytiharan Parlimen Silam sebagai Pusat Akuakultur Negara juga dapat meningkatkan dan menjana pertumbuhan ekonomi Silam. Ini kerana pendapatan isi rumah masyarakat Silam meningkat dan keadaan hidup masyarakat Silam bertambah baik. Selain daripada itu kawasan Silam menjadi pusat eksport bagi hasil akuakultur negara dan seterusnya Silam terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa. Justeru, para pelabur dari luar negara mula mengorak langkah dan tertarik seterusnya berminat untuk membuat pelaburan di Silam.

p3071465

Kawasan Silam merupakan pusat pelancongan negara dan menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. Lembah Danum dan Tabin merupakan hutan hujan tropika yang kaya dengan sumber flora dan faunanya. Ramai pelancong datang ke sini untuk menikmati dan membuat penyelidikan akan keindahan flora dan faunanya. Namun begitu, pulau-pulau yang indah dan cantik di sepanjang Teluk Darvel Silam ini masih belum diterokai dan dimajukan sebagai pusat pelancongan. Dengan adanya projek akuakultur di Silam, secara tidak langsung pulau-pulau yang terdapat di sepanjang Teluk Darvel Silam ini seperti Pulau Boheyan, Pulau Maganting dan banyak lagi akan menjadi tempat pelancongan yang menarik untuk di kunjungi. Ianya akan merancatkan lagi ekonomi kawasan Parlimen Silam dan seterusnya memberikan banyak manfaat kepada masyarakat Silam terutamanya golongan belia mendapat peluang pekerjaan dalam bidang pelancongan.

picture-067

Kesimpulannya masayarkat parlimen Silam banyak mendapat kebaikan dan manfaat hasil daripada projek akukultur yang telah dicadangkan oleh Yb Haji Salleh Bin Haji Kalbi dalam Dewan Parlimen Malaysia bagi kawasan Parlimen Silam, kita seharusnya mensyukuri nikmat yang mencurah masuk ke kawasan Parlimen Silam ini, ini semuanya berpunca daripada pemimpin yang kita pilih pada pilihan raya yang lepas…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: