Selamat Datang Ke Blog Suaraparlimensilam

p188-silam1Assalamulaikum salam sejaterah dan salam perpaduan, Alhamdulillah hii Robbil Jalil, Tuhan yang mencipta, mengurus serta mentadbir alam fana ini, wossalatuuhh wassalam Ke Atas Junjjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, para Anbiaa, Tabi’e dan Tabie’n, seterusnya para pejuang agama, pejuang bangsa dan pejuang negara yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memartabatkan dan mendaulahhkan semangat islamiyah di bumi bertauh ini….

Sememangnya Parlimen Malaysia merupakan medan perhimpunan para pimpinan-pimpinan negara khusunya Ahli-Ahli Yang Berhormat…Perlimen Malaysia juga merupakan medan pertempuran senjata minda tempat mengguji kekuatan idea Ahli –Ahli Yang Berhormat, Ahli Deawan Rakyat sama ada di barisan saff kepimpinan pembangkang mahupun pemegang bendera parti kerajaan, bagi mengupas , membicarakan , membincangkan isu-isu negara, dasar-dasar negara sehinggalah kepada penyelesaianya…

” Kalaula Laksamana Hang Jebat mahupun Laksamana Hang Tuah menguji dan memperlihatkan kelincahannya bermain pencak silat dan keperkasaanya bertempat di gelanggang tanah ataupun pondok-pondok kecil yang berdindingkan daun nipah mahupun kelapa, maka pimpinan-pimpinan negara kita khususnya Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat di Dewan Parlimen yang Muliala menguji kepetahannya, kelantangannya, ketajaman buah fikirannya dan dan kelincahan lidahnya dalam mengatur bual bicara dengan isu-isu yang di perdebatkan…Pelbagai isu dan dasar akan dibual bicarakan dan dibincangkan sehingga ia sebati dan diguna pakai oleh Dewan Parlimen seterusnya diwartakan dan diguna pakai dalam undang-undang negara…Kita yakin dan percaya, Dewan Parlimen sememangnya akan memperlihatkan kepada kita siapakah pemimpin yang hakiki dalam keterlibatannya…

Rakyat jelata Parlimen P.188 Silam sudah barang pasti ingin melihat sendiri dengan jelas dan ‘live’ akan keterlibatan Pahlawan Parlimen Silam YB Haji Salleh Bin Kalbi dalam perdebatan dan melontarkan idea-idea yang bernas dan berkualiti yang kita pilih semasa pilihan raya ke-12 baru-baru ini…

Maka blog maya suaraparlimensilam@wordpress.com ini adalah jambatan dan medan penyaluran maklumat kepada pembaca-pembaca yang melayarinya…kita mengharapkan agar dengan adanya blog ini sedikit sebanyak kita mengetahui Siapakah Pahlawan yang kita lantik ini dan benarkah Yb Haji Salleh Bin Haji Kalbi mempunyai kelincahan dan ketajaman fikiran dalam membawa halatuju Parlimen SIlam…Pastikan kita senantisa mengikuti perkembangan dan jangan ketinggalan dan membuka lembaran alam maya ini…

By; hmd.h/09

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: