LONTARAN IDEA DAN BUAL BICARA YB HJ SALLEH DALAM PARLIMEN MALAYSIA

Mac 30, 2009

 msia-crest1

picture-1781

1). TARIKH CADANGAN : 17/03/2009, (SELASA)

“ Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi  Melontarkan isu ICT khususnya di Sabah dan Sarawak, YB mencadangkan agar penyaluran ICT seperti  computer, peralatan computer  dan laptop  agar dibekalkan kepada Jabatan Kebajikan seperti Jabatan Kebajikan KEMAS jabatan kebajikan lain di Negeri Sabah dan Sarawak khasnya. Pembekalan ini bertujuan bagi meningkatkan lagi kecekapan dan mutu kerja kakitangan jabatan tersebut secara tidak langsung jabatan tersebut menjadi jabatan yang cekap dan setanding dengan jabtan-jabatan lain berkaitan mutu kerja dan kemahiran”

img31about1

“Yang Berhormat Tuan Haji Salleh turut bagun semula mencadangkan  agar pust-puast kebajikan di bekalkan peralatan-peralatan yang berkaitan kepada Orang Kekal Upaya (OKU), warga emas. Pembekalan tersebut bagi meringankan lagi beban dan memudahkan orang-orang OKU dapat menikmati keselesaan seperti yang dinikmati oleh mereka yang normal. Hatta menunjukan kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mengutamakan pembelaan kepada wara emas dan orang kurang upaya. Pada masa yang sama Yang Berhormat juga turut memohon dan mencadangkan kepada kementerian agar kenderaan bagi warga emas dan orang kurang upaya disediakan secara khas kepada mereka bagi tujuan kemudahan kepada warga tersebut bila mana perlu, Yang berhormat mengkhususkan cadangan tersebut Sabah Serawak khasnya

closeup1

wpb145686c11

2). TARIKH CADANGAN : 17/03/2009, (SELASA)

“ Yang Berhormat sekali lagi menyelitkan diri dalam Perbahasan Dewan Rakyat Parlimen yang mulia menyuarakan dan mencadangkan agar puast-pusat dan pondok Jabatan Pertahanan Awam di daerah Kunak, Lahad Datu dan Tungku dibina, hatta pembinaan tersebut kuantitinya hendaklah diperbanyakan. Lontaran idea tersebut bermotifkan agar Parlimen Silam adalah Parlimen yang sentiasa aman dan makmur disamping faktor keselamtan yang terkawal dan baik. Justeru Yang Berhormat juga membualbicarakan dalam pentas Parlimen agar Bangkel Pemulihan Bantuan di sediakan. Bengkel ini bertujuan memberi  khidmat bantuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan  keselamatan, khidmat pemulihan sosioal dan lain-lain. Sasaran Bengkel ini kepada semua masyarakat dan belia khasnya”

 

3). TARIKH CADANGAN : 17/03/2009, (SELASA).

“ Di bawah peruntukan dalam bazet Rancangan Malaysia Ke-9 sebanyak Ringgit Malaysia 1.7juta untuk Institut Tadbiran Desa (INFRA). Yang Berhormat turut tampil sekali lagi mengupas sedikit sebanyak akan penyaluran peruntukan tersebut apa kesahihanya dan ke mana hala tujuhnya peruntukan tersebut. Yang Berhormat berpendapat agar satu badan khas diwujudkan bagi memantau tindakan dengan program-progrem yang dilaksanakan adakah ia telah berjaya mahupun tidak.sterusnya melaksanakan program-progrem yang berkaitan dan sampai kepada sasaran.

Advertisements

BIROKRASI

Mac 24, 2009

 

        Suara Parlimen Malaysia

 Sememangnya  dalam  matlamat Dasar Wawasan 2020 dan Matlamat Rancangan Malaysia  ke-9 menitiberatkan tentang kerjasama, berdisiplin tinggi , amanah hatta mengurangkan karenah  biriokras. Birokrasi sememangnya  satu skop yang berkait rapat dengan  dasar ketidaktelusan dan kecerewetan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Kebiasaanya bila membicarakan tentang birokrasi maka tanggapan masyarakat menjurus kepada    Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun pejabat-pejabat kerajaan.  Birokrasi sebenarnya tidak salah pada dasarnya namun jika birokrasi ini menjadi amalan harian pentadbiran  kaunter-kaunter kerajaan maka timbulah pelbagai permasalahan  dan kelemahan-kelemahan kepada Negara amnya dan Negeri Sabah khasnya, kita akui tidak semua kakitangan perkhidmatan awam terjerumus dalam kancah birokrasi seumpama ini namun begitu hanya segelintir sahaja.

 Hari ini pelbagai cara dan strategi pihak kerajaan mengurangkan dasar  birokrasi. Namun begitu  tomahan laporan-laporan yang diterima daripada rakyat apatah lagi masyarakat kampung mahupun masyarakat luar bandar  yang berurusan di kaunter kerajaan  masih kedengaran suara-suara sumbang daripada mulut mereka.  Bagi mencapai negara maju sememangnya  anjakkan paradigma dalam pentadbiran perlu diutamakan. Hari ini Malaysia berada di tangga  yang amat baik  dalam kekuranggan karenah birokrasi. Bagi mencapai negara maju perlulah pembagunan dalam semua aspek diutamakan. modal insan yang telah diwar-warkan hendaklah kita semai dalam hati dan sanubari kepada  insan yang diamanahkan menjaga kaunter-kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam.Kecemerlangan Jabatan Perkhidmatan Awam terletak pada bahu pemegang amanah kakitangan kerajaan.

Hari ini kita berbangga  dengan negara kita berada di tangga ke-25 dalam penstrukturan mesra perniagaan daripada 175 buah negara lain, kemesraan ini menunjukan negara kita adalah sebuah negara yang kurang karenah birokrasi hingga menyebabkan pelabur-pelabur tempatan dan luar negara berminat bertapak di bumi bertua Malaysia ini. Siapa sangka  syarikat gergasi daripada Amerika Syarikat, Jerman, Rusia, Jepun China dan lain-lain negara  lama bertapak di Malaysia bagi meneruskan perniagaan mereka hingga menyebabkan kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar bertambah daripada  5% hingga 7%? Ini semua  berlaku dengan keadaan pentadbiran Perkhidmatan Awam di Malaysia kerana kesemua Syarikat ini telah berurusan dengan Kaunter-kaunter perkhidmatan Awam. Bayangkan sekiranya birokrasi yang terlalu menebal di negara kita? Apa akan terjadi dengan pembagunan ekonomi negara kita? Sudah pastinya kelembapan akan berlaku, hakikat daripada itu kita kena muhasabah diri dan memikirkan akan kemaslahatan negara , kita kena melakukan yang terbaik demi pembagunan Negara tercinta amnya dan Negeri Sabah khasnya..

Kalau kita imbau pilihan raya ke-12 kekalahan Kerajaan Barisan Nasional amnya dan Umno khusunya dibeberapa negeri menjadi persoalan besar dan mengejutkan semua rakyat negara ini terutamanya di negeri kuasa gergasi ekonomi Malaysia Selangor…Selangor sebuah negeri yang amat pesat membagun dan negeri yang maju di Malaysia, pendapatan  berkapita dan keluaran dalam negeri kasar amat memberangsangkan…Tetapi kenapa berlaku? Adakah ia silat mata (magic)? Sudah pastinya itu bukanla magic mahupun fantasi tetapi reality…Sedangkan Selangor mempunyai kilang-kilang gergasi, bagunan-bagunan pencakar langit dan pembagunan yang berlaku bagaikan cendawan tumbuh selepas hujun. Inilah sebanrnya pokok pangkalnya  karenah birokrasi adalah salah satu penyebabnya..Keadaan birokrasi yang amat menebal di negari ini meyebabkan kerajaan Barisan Nasional menerima padah dan pengajaran, begitu juga negeri-negeri yang lain hampir-hampir tersungkur angkara  “BIROKRASI” yang diamalkan sesetengah pentadbir dan penerima amanah  kakitangan perkhidmatan awam..

Maka amat bertepatanlah dengan tindakan  pemimpin yang menegaskan  isu birokrasi di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia hendaklah  jangan dipandang hanya sepintas lalu dan dibiarkan bermaharajalela di kaunter-kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam, Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi…Sekali lagi Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli-Ahli Yang Berhormat lain menjadi saksi  dengan idea dan cadangan yang dikemukakan oleh  Yang Berhormat Pahlawan Parlimen Silam dipentas Dewan Rakyat Malaysia, Yang Berhormat memohon agar karenah birokrasi disekat dan dihapuskan disemua Jabatan Perkhidmatan Awam, tindakan yang  tegas hendaklah diberikan kepada mereka-mereka yang didapati  menjalankan tugas dengan tidak mengikut prinsif dan dasar-dasar yang digariskan kerajaan kerana memikirkan 20 tahun  yang akan mendatang demi kebaikan bersama dan pembagunan negara. 

Kesimpulanya jika kita ingin melihat matlamat Dasar Kerajaan Negara tercapai sama ada Dasar Rancangan Malaysia Ke-9, Ke-10 dan negara maju semua hendaklah  memainkan peranan yang penting dalam pembagunan negara, dasar birokrasi hendklah kita ketepikan dan hapuskan kerana ia adalah  penyebab kepada kelembapan kelancaran urusan dan pentadbiran negara hatta meyebabkan tanggapan yang negetif dikalagan pelancong dan pelabur-pelabur luar terhadap negara kita


Parlimen Silam Pusat Akuakultur Negara

Mac 11, 2009

 

picture-182

Benarlah kata pepatah orang Tua-Tua, “Jika mahu mencari tempat mandi, carila dua tempat, iaitu sumur dan pantai, dan jika ingin memilih seorang pemimpin, carilah yang elok dan pandai”. Sebenarnya masyarakat dan rakyat Bumi Parlimen Silam tidak salah jika saya mengatakan bahawa kita tidak salah memilih seoarang pemimpin bagi mewakili kita di pentas negara, kita amat bertuah kerana pemimpin yang mewakili kita adalah pemimpin yang mempunyai karisma, tanggungjawab dan keikhlasan yang tinggi dalam membawa halatuju Kawasan Parlimen Silam ini di persada negara. Kata-kata ini bukan berniat semata-mata mahu menaikkan nama Pemimpin Parlimen Silam kita ataupun saja-saja “membodek”, tetapi kata-kata ini tertulis di ruangan skrin maya ini berdasarkan kepada penganalisisan dan pemerhatian akan keterlibatan Pemimpin Parlimen Silam kita YB. Haji Salleh Bin Haji Kalbi di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia.

Sekali lagi YB Haji Salleh Bin Haji Kalbi telah membuka tirai bicara dan membuka minda Ahli-Ahli Yang Berhormat mengajak berfikir akan cadangan beliau menjadikan kawasan Parlimen 188.Silam di jadikan Pusat Akuakultur Negara. Alhamdulillah berkat keikhlasan yang tersemat dalam lubuk hati beliau memikirkan akan tanggungjawab terhadap rakyat jelata kawasan Parlimen Silam yang pada akhirnya Dewan Rakyat telah menerima pakai cadangan YB Haji Salleh Bin Haji Kalbi seterusnya diluluskan dan diwartakan.

Dengan pengisytiharan Kawasan Perairan laut Silam di jadikan Pusat Akuakultur Negara, masyarakat kawasan ini sememangnya boleh menarik nafas lega. Di sinilah bermulanya titik noktah penjanaan ekonomi penduduk kampung dan masyarakat…Dengan dana yang di salurkan oleh kerajaan lebih kurang RM 342 juta maka penduduk kampung dan penduduk yang kurang berpendapatan dapat meningkatkan ekonomi mereka. Ramai di kalangan para nelayan mempunyai kemahiran dalam perusahaan akuakultur contohnya penternakan udang, penternakan ikan, penternakan ketam dan penanaman agar-agar, namun masalah utama yang mendatang adalah dana dan kewagan bagi melaksanakan perusahaan seperti ini. Inilah peri pentingnya apakah rahsia pengisytiharan pusat akuakultur negara. Dengan dana yang ada masyarakat kampung mahupun kalangan nelayan bolehlah mengajukan ataupun memohon bantuan daripada jabatan-jabatan berkaitan, seperti Jabatan Perikan Sabah, Jabatan Perikanan peringkat daerah, Persatuan Nelayan (PNK) mahupun Persatuan Ko-Nelayan dan jabatan-jabatan yang berkaitan. Pihak Jabatan Perikanan dan Persatuan-persatuan nelayan sememangnya bersedia membantu penyaluran dana yang di amanahkan oleh kerajaan pada bila-bila masa di perlukan

p3071517

ikan kerapuh hasil daripada penternakan akuakultur

p3071434 Hasil Penanaman Agar-Agar /Rumpai Laut

Pengisytiharan Parlimen Silam sebagai Pusat Akuakultur Negara juga dapat meningkatkan dan menjana pertumbuhan ekonomi Silam. Ini kerana pendapatan isi rumah masyarakat Silam meningkat dan keadaan hidup masyarakat Silam bertambah baik. Selain daripada itu kawasan Silam menjadi pusat eksport bagi hasil akuakultur negara dan seterusnya Silam terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa. Justeru, para pelabur dari luar negara mula mengorak langkah dan tertarik seterusnya berminat untuk membuat pelaburan di Silam.

p3071465

Kawasan Silam merupakan pusat pelancongan negara dan menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. Lembah Danum dan Tabin merupakan hutan hujan tropika yang kaya dengan sumber flora dan faunanya. Ramai pelancong datang ke sini untuk menikmati dan membuat penyelidikan akan keindahan flora dan faunanya. Namun begitu, pulau-pulau yang indah dan cantik di sepanjang Teluk Darvel Silam ini masih belum diterokai dan dimajukan sebagai pusat pelancongan. Dengan adanya projek akuakultur di Silam, secara tidak langsung pulau-pulau yang terdapat di sepanjang Teluk Darvel Silam ini seperti Pulau Boheyan, Pulau Maganting dan banyak lagi akan menjadi tempat pelancongan yang menarik untuk di kunjungi. Ianya akan merancatkan lagi ekonomi kawasan Parlimen Silam dan seterusnya memberikan banyak manfaat kepada masyarakat Silam terutamanya golongan belia mendapat peluang pekerjaan dalam bidang pelancongan.

picture-067

Kesimpulannya masayarkat parlimen Silam banyak mendapat kebaikan dan manfaat hasil daripada projek akukultur yang telah dicadangkan oleh Yb Haji Salleh Bin Haji Kalbi dalam Dewan Parlimen Malaysia bagi kawasan Parlimen Silam, kita seharusnya mensyukuri nikmat yang mencurah masuk ke kawasan Parlimen Silam ini, ini semuanya berpunca daripada pemimpin yang kita pilih pada pilihan raya yang lepas…


Selamat Datang Ke Blog Suaraparlimensilam

Mac 10, 2009

p188-silam1Assalamulaikum salam sejaterah dan salam perpaduan, Alhamdulillah hii Robbil Jalil, Tuhan yang mencipta, mengurus serta mentadbir alam fana ini, wossalatuuhh wassalam Ke Atas Junjjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, para Anbiaa, Tabi’e dan Tabie’n, seterusnya para pejuang agama, pejuang bangsa dan pejuang negara yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memartabatkan dan mendaulahhkan semangat islamiyah di bumi bertauh ini….

Sememangnya Parlimen Malaysia merupakan medan perhimpunan para pimpinan-pimpinan negara khusunya Ahli-Ahli Yang Berhormat…Perlimen Malaysia juga merupakan medan pertempuran senjata minda tempat mengguji kekuatan idea Ahli –Ahli Yang Berhormat, Ahli Deawan Rakyat sama ada di barisan saff kepimpinan pembangkang mahupun pemegang bendera parti kerajaan, bagi mengupas , membicarakan , membincangkan isu-isu negara, dasar-dasar negara sehinggalah kepada penyelesaianya…

” Kalaula Laksamana Hang Jebat mahupun Laksamana Hang Tuah menguji dan memperlihatkan kelincahannya bermain pencak silat dan keperkasaanya bertempat di gelanggang tanah ataupun pondok-pondok kecil yang berdindingkan daun nipah mahupun kelapa, maka pimpinan-pimpinan negara kita khususnya Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat di Dewan Parlimen yang Muliala menguji kepetahannya, kelantangannya, ketajaman buah fikirannya dan dan kelincahan lidahnya dalam mengatur bual bicara dengan isu-isu yang di perdebatkan…Pelbagai isu dan dasar akan dibual bicarakan dan dibincangkan sehingga ia sebati dan diguna pakai oleh Dewan Parlimen seterusnya diwartakan dan diguna pakai dalam undang-undang negara…Kita yakin dan percaya, Dewan Parlimen sememangnya akan memperlihatkan kepada kita siapakah pemimpin yang hakiki dalam keterlibatannya…

Rakyat jelata Parlimen P.188 Silam sudah barang pasti ingin melihat sendiri dengan jelas dan ‘live’ akan keterlibatan Pahlawan Parlimen Silam YB Haji Salleh Bin Kalbi dalam perdebatan dan melontarkan idea-idea yang bernas dan berkualiti yang kita pilih semasa pilihan raya ke-12 baru-baru ini…

Maka blog maya suaraparlimensilam@wordpress.com ini adalah jambatan dan medan penyaluran maklumat kepada pembaca-pembaca yang melayarinya…kita mengharapkan agar dengan adanya blog ini sedikit sebanyak kita mengetahui Siapakah Pahlawan yang kita lantik ini dan benarkah Yb Haji Salleh Bin Haji Kalbi mempunyai kelincahan dan ketajaman fikiran dalam membawa halatuju Parlimen SIlam…Pastikan kita senantisa mengikuti perkembangan dan jangan ketinggalan dan membuka lembaran alam maya ini…

By; hmd.h/09