LAMBAIAN ISLAM MEJA SUARAPARLIMENSILAM

April 6, 2009

bismilah21

3409197294_360e245ddb_m1


oal kepimpinan dalam sesebuah organisasi sering diperkatakan apabila ianya menampakkan kecacatan ataupun kemajuan bagi organisasi berkenaan. Ini terbukti peranan pucuk pimpinan bagi sesebuah organisasi amat penting, kerana ia melibatkan krediabiliti pemimpin dan perlakuan aktiviti dalam organisasi.

Pemimpin yang bersifat adil adalah satu ciri penting yang sepatutnya ada bagi seseorang yang bergelar pemimpin. Ianya tidak terbatas kepada jenis kepimpinan kepada sebuah keluarga atau perkumpulan kecil atau sebuah organisasi. Malah apa sahaja yang dipimpin olehnya, keadilan akan sentiasa dipersoalkan. Artikel ini akan membicarakan tentang ciri-ciri kepimpinan yang harus ada dan dimiliki oleh seorang pemimpin kepada sesebuah organisasi menurut pandangan Islam.

Islam mengajak manusia menepati keadilan dalam segenap aspek kepimpinan yang diwakili olehnya. Sebab itulah pemimpin yang adil tempatnya kelak adalah di bawah naungan ‘Arash yang mulia.Kepimpinan dari kacamata Islam merujuk kepada keperibadian dan segenap aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Di antara ciri-ciri kepimpinan yang baik di antaranya ialah:

  • Berilmu pengetahuan. Orang yang berilmu akan ditingkatkan darjat dan tarafnya. Demikian menurut AlQuran. Sudah semestinya seorang pemimpin dalam sebuah organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih terutama aspek-aspek teknikel dan juga pengurusan dalam organisasi.
  • Teras Aqidah yang kukuh. Ini bermakna seorang pemimpin yang mempunyai teras aqidah yang kukuh akan berjaya dalam kepimpinannya kerana pegangan yang tetap dan aqidah yang mantap akan mencorakkan kepimpinan yang tegas dan beretika dalam perwatakan dan prosedur kerja.
  • Seorang lelaki. Pemimpin lelaki mempunyai beberapa kelebihan berbanding wanita dari segi kepimpinan. Pandangan yang jauh dan bermakna lebih utama dari mengutamakan perkara yang dekat dan remeh dari segi soal-soal kepimpinan. Kaum wanita adalah penting dari segi mengukuhkan organisasi dan perkara-perkara yang perlu dihalusi untuk mencapai kesempurnaan.
  • Amanah. Sifat amanah adalah sifat yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Seharusnya seseorang pemimpin mewarisi sifat tersebut untuk mewujudkan sikap kerja yang baik dalam berbagai urusan organisasi.
  • Benar dalam perkataan dan tindakan. Seseorang yang benar dalam perkataan dan tindakannya menggambarkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan menepati soal Kepimpinan Melalui Teladan.
  • Keadilan yang meliputi segenap aspek yang dipimpin. Pemimpin yang adil adalah tunggak yang utama dalam sesebuah organisasi. Ciri kepimpinan yang adil mewarisi sifat-sifat utama pemimpin Islam sebagai termaktub dalam perjuangan para nabi dan rasul. Pemimpin yang adil juga dijamin keselamatannya di bawah naungan ‘Arash Allah swt.
  • Bersifat rahim. Sabda Rasulullah s.a.w. ; perumpamaan baginda dengan umatnya ialah seperti orang yang menghalau kupu-kupu dan belalang yang berkerumun dekat api. Baginda menarik umatnya dari belakang agar mereka tidak jatuh ke dalam api tetapi mereka selalu terlepas tangan dari baginda. Sabdanya lagi, “Sebaik-baik pemimpin ialah yang kamu mencintai dan Dia mencintaimu, dan kamu mendoakan dan ia mendoakanmu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah yang kamu benci dan membenci kamu…”.
  • Bijak dalam menangani masalah. Kisah Nabi Yusuf a.s dalam menangani masalah ekonomi meleset akibat musim kemarau yang berpanjangan melalui perancangan dan pentadbiran yang bijak adalah menjadi rujukan penting bagi sifat-sifat pemimpin yang bijak.
  • Sentiasa menyampaikan pesanan dan perkara-perkara yang hak. Pesanan Rasulullah s.a.w., “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”.

Kesimpulannya, banyak lagi sifat-sifat yang digariskan dalam Islam bagi ciri-ciri kepimpinan yang baik seperti memaafkan, bertanggungjawab, petunjuk akhlak yang baik dan sebagainya. Jelas sekali, dari sifat-sifat di atas perlu dijadikan panduan dan rujukan kepada pemimpin-pemimpin organisasi yang mahukan kepimpinannya berakhlak.

Advertisements

BELIA PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA

April 3, 2009

haribelianegara200911 Presiden Rebublik Indonesia yang pertama Bapak Sukarno pernah menyatakan, “ Berikan     saya    seratus orang tua, saya akan gegarkan Gunung Semerang di Pulau Jawa dan berikan saya sepuluh orang muda iaitu belia saya akan goncangkan seluruh dunia.”

Bersandarkan kepada kata-kata azimat itu, Yang Berhormat Tuan Haji Salleh  tidak ketinggalan dalam melontarkan idea dalam Persidangan Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, lontaran idea tersebut asbab ketelusan sebagai seorang pemimpin dalam membawa panji-panji kejayaan belia amnya di Sabah dan kawasan Parlimen Silam khususnya. Berikut merupakan bait-bait cadangan yang telah dibukukan oleh pihak pentadbiran Dewan Rakyat semasa keterlibatan YB Tuan Haji Salleh Bin Kalbi dalam Dewan Parlimen hasil daripada ruang dan peluang diberikan oleh Timbalan Yang Di-Pertua  Datuk Ronald Kiandee.

“ Bila kita melihat bagaimana peranan belia di negara kita ini hampir 41% boleh dan layak mengundi dalam pemilihan pilihan raya. Belia juga adalah aset utama negara pada masa ini dan masa akan datang. Saya mengharapkan agar belia-belia seluruh negara amnya dan Sabah khasnya diberi perhatian khusus secara tidak langsung menyediakan kemudahan dalam membimbing mereka untuk lebih maju dalam pelbagai bidang  sehingga ia benar-benar menjadi aset yang berkilau dan berharga. Saya mencadangkan agar pihak Kementerian mengkaji dan mengubal dasar ataupun menambah dasar yang sedia ada bagi memantapkan lagi kebajikan, kecemerlangan, keintegritian dan kewibawaan belia kita sehingga ia boleh bersaing diperingkat global  ” Sekian terima kasih. (Soalan dan cadangan di tujuhkan kepada Tim Menteri Belia dan Sukan Malaysia).

logo11

Maka nyata bahawa perhatian khusus dan agenda Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Kalbi adalah agenda menyeluruh dalam soal pembagunan sumber manusia. Cadangan dan lontaran idea YB menjurus kepada kebajikan belia seperti diberi pendedahan ilmu kepimpinan, ilmu keusahawanan dan lain-lain. Menyedari hakikat sebenar bila pihak kementerian memberi perhatian khusus seperti penyediaan pusat latihan kepimpinan, menyediakan bengkel-bengkel bagi mengasah dan memantapkan kepimpinan dalam organisasi, persatuan dan sebaginya. Bila dikalangan belia mempunyai kepimpinan maka kita yakin dan percaya negara kita tidak akan ketandusan kepimpinan dan kepimpinan akan sentiasa ada kesinambungan, apatah lagi jika perhatian khusus ini dilaksanakan sehingga ke peringkat akar umbi.

Misi negara sememangnya tidak ketinggalan menggariskan perhatian kepada belia negara kita. Kalau kita melihat dalam bazet rancangan Malaysia ke-9 beratus juta wang ringgit  disediakan untuk kepentingan dan pembagunan belia negara amnya dan belia Negeri Sabah dan Sarawak khasnya. Wajarlah bagaimana lontaran idea dan cadangan YB Tuan Haji Salleh Bin Kalbi yang bertujuan “reverse semuala” Bual bicara tentang belia. Kepimpinan negara pada masa ini sperti  tokoh-tokoh koperat, tokoh-tokoh akademik yang kini telah berjaya, sememangnya pernah melalui bangku dan status  belia. Maka kita mahu belia pada hari ini akan mewarisi kewibawaan dan kehebatan belia yang sebelum ini, jika boleh lebih cemerlang daripada toloh belia zaman dahulu. Pembagunan negara dalam aspek ekonomi, politik dan sosial semestinya mesti bersedia meletakkan pewaris untuk meneraju ke hadapan, maka dengan itu belia pada hari ini perlu sedar dan berlumba-lumba bagi mengambil alih kepimpinan pada tika ini daripda tokoh-tokoh yang akan meniggalkan dan yang akan bersarah , jika belia pada hari ini lemah dan longlai maka jangan hairan jika negara ini akan dijajah semula dan kita akan tersungkur di bumi kelahiran sendiri

Percayalah dengan cadangan seumpama ini akan melahirkan generasi belia yang cemerlang dan mantap. Mantap dari segi ilmu dan mantap dari segi kepimpinan. Bila belia ada kemantapan dan mempunyai kualiti kita yakin negara kita akan senantiasa utuh dan cemerlang kerana mempunyai pelapis kepimpinan yang berkualiti dan cemerlang.

bbd13 p1050579