Sememangnya dalam matlamat Dasar Wawasan 2020 dan Matlamat Rancangan Malaysia ke-9 menitiberatkan tentang kerjasama, berdisiplin tinggi , amanah hatta mengurangkan karenah biriokras. Birokrasi sememangnya satu skop yang berkait rapat dengan dasar ketidaktelusan dan kecerewetan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Kebiasaanya bila membicarakan tentang birokrasi maka tanggapan masyarakat menjurus kepada Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun pejabat-pejabat kerajaan. Birokrasi sebenarnya tidak salah pada dasarnya namun jika birokrasi ini menjadi amalan harian pentadbiran kaunter-kaunter kerajaan maka timbulah pelbagai permasalahan dan kelemahan-kelemahan kepada Negara amnya dan Negeri Sabah khasnya, kita akui tidak semua kakitangan perkhidmatan awam terjerumus dalam kancah birokrasi seumpama ini namun begitu hanya segelintir sahaja.
Hari ini pelbagai cara dan strategi pihak kerajaan mengurangkan dasar birokrasi. Namun begitu tomahan laporan-laporan yang diterima daripada rakyat apatah lagi masyarakat kampung mahupun masyarakat luar bandar yang berurusan di kaunter kerajaan masih kedengaran suara-suara sumbang daripada mulut mereka. Bagi mencapai negara maju sememangnya anjakkan paradigma dalam pentadbiran perlu diutamakan. Hari ini Malaysia berada di tangga yang amat baik dalam kekuranggan karenah birokrasi. Bagi mencapai negara maju perlulah pembagunan dalam semua aspek diutamakan. modal insan yang telah diwar-warkan hendaklah kita semai dalam hati dan sanubari kepada insan yang diamanahkan menjaga kaunter-kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam.Kecemerlangan Jabatan Perkhidmatan Awam terletak pada bahu pemegang amanah kakitangan kerajaan.
Hari ini kita berbangga dengan negara kita berada di tangga ke-25 dalam penstrukturan mesra perniagaan daripada 175 buah negara lain, kemesraan ini menunjukan negara kita adalah sebuah negara yang kurang karenah birokrasi hingga menyebabkan pelabur-pelabur tempatan dan luar negara berminat bertapak di bumi bertua Malaysia ini. Siapa sangka syarikat gergasi daripada Amerika Syarikat, Jerman, Rusia, Jepun China dan lain-lain negara lama bertapak di Malaysia bagi meneruskan perniagaan mereka hingga menyebabkan kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar bertambah daripada 5% hingga 7%? Ini semua berlaku dengan keadaan pentadbiran Perkhidmatan Awam di Malaysia kerana kesemua Syarikat ini telah berurusan dengan Kaunter-kaunter perkhidmatan Awam. Bayangkan sekiranya birokrasi yang terlalu menebal di negara kita? Apa akan terjadi dengan pembagunan ekonomi negara kita? Sudah pastinya kelembapan akan berlaku, hakikat daripada itu kita kena muhasabah diri dan memikirkan akan kemaslahatan negara , kita kena melakukan yang terbaik demi pembagunan Negara tercinta amnya dan Negeri Sabah khasnya..
Kalau kita imbau pilihan raya ke-12 kekalahan Kerajaan Barisan Nasional amnya dan Umno khusunya dibeberapa negeri menjadi persoalan besar dan mengejutkan semua rakyat negara ini terutamanya di negeri kuasa gergasi ekonomi Malaysia Selangor…Selangor sebuah negeri yang amat pesat membagun dan negeri yang maju di Malaysia, pendapatan berkapita dan keluaran dalam negeri kasar amat memberangsangkan…Tetapi kenapa berlaku? Adakah ia silat mata (magic)? Sudah pastinya itu bukanla magic mahupun fantasi tetapi reality…Sedangkan Selangor mempunyai kilang-kilang gergasi, bagunan-bagunan pencakar langit dan pembagunan yang berlaku bagaikan cendawan tumbuh selepas hujun. Inilah sebanrnya pokok pangkalnya karenah birokrasi adalah salah satu penyebabnya..Keadaan birokrasi yang amat menebal di negari ini meyebabkan kerajaan Barisan Nasional menerima padah dan pengajaran, begitu juga negeri-negeri yang lain hampir-hampir tersungkur angkara “BIROKRASI” yang diamalkan sesetengah pentadbir dan penerima amanah kakitangan perkhidmatan awam..
Maka amat bertepatanlah dengan tindakan pemimpin yang menegaskan isu birokrasi di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia hendaklah jangan dipandang hanya sepintas lalu dan dibiarkan bermaharajalela di kaunter-kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam, Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi…Sekali lagi Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli-Ahli Yang Berhormat lain menjadi saksi dengan idea dan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pahlawan Parlimen Silam dipentas Dewan Rakyat Malaysia, Yang Berhormat memohon agar karenah birokrasi disekat dan dihapuskan disemua Jabatan Perkhidmatan Awam, tindakan yang tegas hendaklah diberikan kepada mereka-mereka yang didapati menjalankan tugas dengan tidak mengikut prinsif dan dasar-dasar yang digariskan kerajaan kerana memikirkan 20 tahun yang akan mendatang demi kebaikan bersama dan pembagunan negara.
Kesimpulanya jika kita ingin melihat matlamat Dasar Kerajaan Negara tercapai sama ada Dasar Rancangan Malaysia Ke-9, Ke-10 dan negara maju semua hendaklah memainkan peranan yang penting dalam pembagunan negara, dasar birokrasi hendklah kita ketepikan dan hapuskan kerana ia adalah penyebab kepada kelembapan kelancaran urusan dan pentadbiran negara hatta meyebabkan tanggapan yang negetif dikalagan pelancong dan pelabur-pelabur luar terhadap negara kita
Syabas dan tahniah kepada YB. Tuan Hj. Salleh yang berbicara tentang BIROKRASI yang menjadi salah satu penyakit berbahaya kepada sesuatu institusi.Saya berharap usaha untuk mengurangkan masalah Birokrasi dapat ditangani dengan cepat dan tepat agar rakyat tidak marah dengan kerajaan yang memerintah iaitu Parti UMNO yang kita sanjungi dan kagumi.