PANGGILAN MESYUARAT DEWAN RAKYAT PARLIMEN MALAYSIA KEMBALI LAGI

parlimen 3 parlimen fto15hb.06.2009 semakin tiba, baru sahaja Persidangan Dewan Rakyat kali pertama berakhir, tanpa disedari panggilan Mesyuarat Dewan Rakyat Parlimen Malaysia kali ke-2  kembali lagi…Kita yakin dan percaya perhimpunan kali ini akan  menjanjikan kelainan  daripada sebelumnya, apatah lagi transformasi Kerajaan Barisan Nasional masih lagi dirasai bahangnya malah menjadi perbualan yang hangat di seantero masyarakat dunia dan Malaysia khususnya…

“ Tatkala Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang telah mengukir sejarah  mengakhiri   Sidang Dewan Rakyat Parlimen Malaysia Kali Pertama dengan pertikaman lidah bersama  Ahli Parlimen Barisan Saff Kerajaan khususnya Ahli Parlimen Kinabatangan sehingga mengundang mengeluarkan perkataan kesat  “ UMNO Gila Kuasa “  yang dianggap perbuatan yang tidak bermaruah dan berdisiplin. Disebabkan  perkataan kesat dan perbuatan tidak bermoral tersebut itu telah mengundang tidak puas hati  terhadap  Ahli Parlimen   Kerajaan yang di barisi oleh  Datuk Bung Muktar, YB Hj Salleh, YB Rompin, YB Kalabakan dan lain-lain….Pertikaman lidah tersebut telah meriuhkan keadaan dan suasana dewan  sehinggakan Ahli Parlimen Ipoh Timur telah diarahkan keluar daripada  dewan disebabkan kedegilannya yang enggan menarik semula kata-kata tidak bermoral seterusnya enggan  memohon maaf. Ini adalah antara catatan sejarah yang telah ditinggalkan tatkala berakhirnya Sidang Mesyuarat Parlimen Kali Pertama”..

Kita yakin persidangan kali ke-2 ini akan memberi banyak input   kerana setelah terbentuknya Kabinet Baru Kerajaan Barisan Nasioanal, yang bermisikan dan berselogankan “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Terbentuknya  Kabinet Baru pastinya semangat dalam Dewan Parlimen agak berlainan dan aura semakin membara dan ceria terutamanya Barisan Pimpinan Kerajaan Barisan Nasioanl. Isu Politik, isu ekonomi dan isu sosial pastinya akan menjadi topik utama sepanjang persidangan Dewan Parlimen Malaysia pada kali ini. Semestinya kecemerlangan negara adalah agenda utama dalam perbahasan pada kali ini. Barisan pimpinan-pimpinan  sama ada Pro Kerajaan mahupun Pro Pembangkang sudah semestinya bersiap sedia berkaitan  idea-idea dan fakta-fakta yang akan diutarakan dan diperbincangkan. Semenjak kebelakangan ini negara kita digoncangkan dengan kemelut politik terutama kes-kes yang berlaku di Negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Hal ini semestinya menjadi perbualan utama. Namun begitu, saya pasti demi pembangunan negara dan kestabilan negara, Dewan Parlimen Yang Mulia adalah titik mula pertemuan  untuk mempertemukan idea perpaduan dan persefahaman di kalangan semua pemimpin. Kita tidak mahu menjadi seperti negara jiran kita seperti Negara Indonesia, Negara Thailand dan negara-negara yang lain saban hari bergelut sesama sendiri yang pada akhirnya merugikan negara itu sendiri hingga mengakibatkan kes-kes sosial semakin tinggi dan keamanan tidak terkawal.

Hari ini kesan ekonomi global telah mempercikkan tempiasnya kepada seluruh negara di dunia, negara kita juga tidak terkecuali  terpercik tempiasnya  walupun hanya sedikit. Namun begitu, itu adalah gambaran dan peringatan kepada negara kita agar bersiap sedia dan merapikan lagi strategi dan pelan bagi mengawal  gangguan ekonomi global secara tidak langsung merangka plan dan idea bagi memperutuhkan lagi kekuatan ekonomi negara kita. Kita yakin sasaran ingin menjadi sebuah negara yang maju sudah pastinya memerlukan kerjasama semua pihak sama ada daripada barisan Jemaah Kerajaan mahupun Jemaah Pembangkang. Kita  mahu melihat negara kita seperti mana Negara Jepun, Korea, China dan Hong Kong yang begitu hebat dari segi kuasa ekonomi dan disegani oleh mana-mana negara. Maka Persidangan Dewan Rakyat Parlimen kali ini diharapkan  agenda negara dan pembangunan negara adalah diutamakan terutamanya dari segi ekonomi. Kita mahu Dewan Mesyuarat kali ini memberi banyak peluang kepada belia negara dari segi ekonomi, masyarakat yang menganggur disifarkan, kemiskinan tegar dihapuskan, kuasa jual beli diperhebatkan dan pengeluaran produk tempatan dipertingkatkan lagi

Kita pasti perhimpunan kali ini akan memberi fokus kepada pembangunan menyeluruh. Dalam soal pendidikan juga tidak ketinggalan untuk diperbincangakan. Kita berharap persidangan kali ini akan membincangkan dengan lebih mendalam dalam pembangunan pendidikan negara. Kita mahu soal kualiti  dan kecemerlangan pendidikan kita  diutamakan. Kalau sebelum ini ramai di kalangan pelajar-pelajar tempatan  kita ingin melanjutkan pengajian ke luar negara kerana kualiti pendidikanya contohnya Universiti Oxford, Universiti Menosota , Universiti Harvard dan university-universiti lain luar negara. Hari ini kita berharap dan berusaha pula agar pelajar-pelajar dari luar negara berlumba-lumba melanjutkan pengajian mereka dalam negara kita. Kita mahu bila mereka menerima segulung sijil, diploma ataupun ijazah daripada mana-mana universiti di negara kita, mereka berbangga malah bila mereka mencari kerja di luar sana kelayakan tersebut menjadi rebutan dan diutamakan..

parlimen fto 2

Kita berharap transformasi akan berlaku dan tarnsformasi ini semestinya kita nyatakan dan realitikan. Transformasi tersebut sudah semestinya mencakupi semua skop sama ada dalam bidang pendidikan,  pertahanan, hiburan, ekonomi dan sebagainya. Malaysia sebuah Negara yang akan mengukir nama menjadi sebuah negara maju pastinya semua persiapan dirapikan dan dimantapkan lagi. Kita mahu negara kita menjadi idola dan contoh kepada negara-negara lain. Tetapi kita jangan lupa walau bagaimana hebat dan maju sekalipun yang kita inginkan dan cita-citakan jangan biar sampai Bangsa Melaysia hanyut dan tergugat oleh unsur-unsur yang boleh merosakkan perpaduan dan nilai-nilai murni kebudayaan Bangsa Malaysia. Apapun yang kita usahakan dan laksanakan kita harus kembali dan berpegang teguh kepada Lima Prinsip Rukun negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetian Kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan Dan Kesusilaan, kita jadikan peganggan dan tonggak utama dalam agenda Pembangunan Negara Malaysia kita ini yang tercinta bumi yang bertuah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: