BIROKRASI

 

        Suara Parlimen Malaysia

 Sememangnya  dalam  matlamat Dasar Wawasan 2020 dan Matlamat Rancangan Malaysia  ke-9 menitiberatkan tentang kerjasama, berdisiplin tinggi , amanah hatta mengurangkan karenah  biriokras. Birokrasi sememangnya  satu skop yang berkait rapat dengan  dasar ketidaktelusan dan kecerewetan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Kebiasaanya bila membicarakan tentang birokrasi maka tanggapan masyarakat menjurus kepada    Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun pejabat-pejabat kerajaan.  Birokrasi sebenarnya tidak salah pada dasarnya namun jika birokrasi ini menjadi amalan harian pentadbiran  kaunter-kaunter kerajaan maka timbulah pelbagai permasalahan  dan kelemahan-kelemahan kepada Negara amnya dan Negeri Sabah khasnya, kita akui tidak semua kakitangan perkhidmatan awam terjerumus dalam kancah birokrasi seumpama ini namun begitu hanya segelintir sahaja.

 Hari ini pelbagai cara dan strategi pihak kerajaan mengurangkan dasar  birokrasi. Namun begitu  tomahan laporan-laporan yang diterima daripada rakyat apatah lagi masyarakat kampung mahupun masyarakat luar bandar  yang berurusan di kaunter kerajaan  masih kedengaran suara-suara sumbang daripada mulut mereka.  Bagi mencapai negara maju sememangnya  anjakkan paradigma dalam pentadbiran perlu diutamakan. Hari ini Malaysia berada di tangga  yang amat baik  dalam kekuranggan karenah birokrasi. Bagi mencapai negara maju perlulah pembagunan dalam semua aspek diutamakan. modal insan yang telah diwar-warkan hendaklah kita semai dalam hati dan sanubari kepada  insan yang diamanahkan menjaga kaunter-kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam.Kecemerlangan Jabatan Perkhidmatan Awam terletak pada bahu pemegang amanah kakitangan kerajaan.

Hari ini kita berbangga  dengan negara kita berada di tangga ke-25 dalam penstrukturan mesra perniagaan daripada 175 buah negara lain, kemesraan ini menunjukan negara kita adalah sebuah negara yang kurang karenah birokrasi hingga menyebabkan pelabur-pelabur tempatan dan luar negara berminat bertapak di bumi bertua Malaysia ini. Siapa sangka  syarikat gergasi daripada Amerika Syarikat, Jerman, Rusia, Jepun China dan lain-lain negara  lama bertapak di Malaysia bagi meneruskan perniagaan mereka hingga menyebabkan kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar bertambah daripada  5% hingga 7%? Ini semua  berlaku dengan keadaan pentadbiran Perkhidmatan Awam di Malaysia kerana kesemua Syarikat ini telah berurusan dengan Kaunter-kaunter perkhidmatan Awam. Bayangkan sekiranya birokrasi yang terlalu menebal di negara kita? Apa akan terjadi dengan pembagunan ekonomi negara kita? Sudah pastinya kelembapan akan berlaku, hakikat daripada itu kita kena muhasabah diri dan memikirkan akan kemaslahatan negara , kita kena melakukan yang terbaik demi pembagunan Negara tercinta amnya dan Negeri Sabah khasnya..

Kalau kita imbau pilihan raya ke-12 kekalahan Kerajaan Barisan Nasional amnya dan Umno khusunya dibeberapa negeri menjadi persoalan besar dan mengejutkan semua rakyat negara ini terutamanya di negeri kuasa gergasi ekonomi Malaysia Selangor…Selangor sebuah negeri yang amat pesat membagun dan negeri yang maju di Malaysia, pendapatan  berkapita dan keluaran dalam negeri kasar amat memberangsangkan…Tetapi kenapa berlaku? Adakah ia silat mata (magic)? Sudah pastinya itu bukanla magic mahupun fantasi tetapi reality…Sedangkan Selangor mempunyai kilang-kilang gergasi, bagunan-bagunan pencakar langit dan pembagunan yang berlaku bagaikan cendawan tumbuh selepas hujun. Inilah sebanrnya pokok pangkalnya  karenah birokrasi adalah salah satu penyebabnya..Keadaan birokrasi yang amat menebal di negari ini meyebabkan kerajaan Barisan Nasional menerima padah dan pengajaran, begitu juga negeri-negeri yang lain hampir-hampir tersungkur angkara  “BIROKRASI” yang diamalkan sesetengah pentadbir dan penerima amanah  kakitangan perkhidmatan awam..

Maka amat bertepatanlah dengan tindakan  pemimpin yang menegaskan  isu birokrasi di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia hendaklah  jangan dipandang hanya sepintas lalu dan dibiarkan bermaharajalela di kaunter-kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam, Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi…Sekali lagi Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli-Ahli Yang Berhormat lain menjadi saksi  dengan idea dan cadangan yang dikemukakan oleh  Yang Berhormat Pahlawan Parlimen Silam dipentas Dewan Rakyat Malaysia, Yang Berhormat memohon agar karenah birokrasi disekat dan dihapuskan disemua Jabatan Perkhidmatan Awam, tindakan yang  tegas hendaklah diberikan kepada mereka-mereka yang didapati  menjalankan tugas dengan tidak mengikut prinsif dan dasar-dasar yang digariskan kerajaan kerana memikirkan 20 tahun  yang akan mendatang demi kebaikan bersama dan pembagunan negara. 

Kesimpulanya jika kita ingin melihat matlamat Dasar Kerajaan Negara tercapai sama ada Dasar Rancangan Malaysia Ke-9, Ke-10 dan negara maju semua hendaklah  memainkan peranan yang penting dalam pembagunan negara, dasar birokrasi hendklah kita ketepikan dan hapuskan kerana ia adalah  penyebab kepada kelembapan kelancaran urusan dan pentadbiran negara hatta meyebabkan tanggapan yang negetif dikalagan pelancong dan pelabur-pelabur luar terhadap negara kita

About these ads

One Response to BIROKRASI

  1. silamgemilang berkata:

    Syabas dan tahniah kepada YB. Tuan Hj. Salleh yang berbicara tentang BIROKRASI yang menjadi salah satu penyakit berbahaya kepada sesuatu institusi.Saya berharap usaha untuk mengurangkan masalah Birokrasi dapat ditangani dengan cepat dan tepat agar rakyat tidak marah dengan kerajaan yang memerintah iaitu Parti UMNO yang kita sanjungi dan kagumi.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: